Iklankan Blog Anda Disini

Photobucket

Followers

Total Pageviews

Submit Your Link Here/ Tinggalkan link kat sini ye!

Kenali Diabetes Melitus

Posted by Jutawan Tuesday, July 27, 2010




Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.




1) Perut menukar jisim makanan kepada glukosa.
2) Glukosa memasuki salur darah.
3) Pankreas tidak menghasilkan atau terlalu sedikit insulin.
4) Terlalu sedikit atau tiada langsung insulin memasuki salur darah.
5) Glukosa terkumpul di dalam salur darah.











Secara umumnya, penyakit diabetes @ kencing manis dapat digolongkan sebagai:

1) Diabetes jenis pertama (I)

Ia juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.





2) Diabetes jenis kedua (II)

Ia boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).






Faktor - faktor yang menyebabkan penyakit diabetes:

1) Genetik - Maklumat genetik merupakan suatu identiti yang dibawa oleh setiap individu sejak dilahirkan lagi. Setiap individu mempunyai maklumat genetik yang berbeza. Sesetengah penyakit seperti diabetes ini merupakan penyakit yang boleh diwarisi oleh maklumat genetik dari satu generasi ke satu generasi.

2) Cara Hidup - Cara hidup memainkan peranan yang sangat penting kepada kita. Setiap individu mempunyai cara hidup yang berbeza. Cara hidup juga merupakan faktor yang utama kepada sesetengah penyakit, yang dapat memberi impak terhadap kesihatan kita. Antaranya ialah seperti diet makan, bersenam, obesiti, stress, and pengambilan sesuatu bahan secara berlebihan juga boleh menyebabkan diabetes.

3) Faktor Fiziologikal- Fiziologi merupakan suatu ilmu yang berkaitan dengan tubuh badan hidupan dan cara ia berfungsi. Ia merupakan elemen penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Antara punca yang boleh menyebabkan diabetes ialah kemurungan, dan kawalan minda seseorang. Sekiranya seseorang itu mengalami masalah kemurungan, maka aturan makan juga tidak tersusun, dan ini boleh mengakibatkan masalah diabetes atau kencing manis.

4) Faktor klinikal - Faktor ini merupakan antara cabang yang utama dalam menentukan risiko penyakit diabetes terhadap seseorang. Ia merupakan faktor yang berkaitan dengan sikap individu itu sendiri. Sekiranya seseorang itu mengambil berat terhadap kesihatannya, maka dia akan selalu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan, dan juga mementingkan aspek kualiti dalam penjagaan kesihatan kendiri.

Semua ini boleh di selesaikan dengan noni! Bagaimana ye?

Tunggu....:)

0 comments

Cuba Try Test Ni

Golden Noni (710 ml) RM 68 sahaja! Golden Noni (30ml x 9) RM 30 sahaja! Nona Manja (250ml) RM 38 sahaja! Malaysian Noni (500ml) RM60 sahaja! Silver Noni (250ml) RM 38.00 sahaja!

Sembang-sembang Jutawan

Kaunter Pelawat